Haaa...korng terliur x tengok tempat diving ni??bestkan..kepada sesiapa yg sukakan nature memang tempat ni haruslah termasuk dalam wishlist korang..macam syurga...cantik sangat..crystal clear water dengan persekitaran yang unik..wow..memang breathtaking kan??
Soooo...sedikit info mengenai submerged park ni...
Gruner See iaitu Green Lake ialah sebuah tasik di Styria, Austria yang terletak di kawasan perkampungan yang bernama Tragöß. Tasik ini dekililingi oleh pergunungan Hochschwab dan juga kawasan hutan pokok pine. Nama Green Lake berasal dari warna air tasik itu sendiri yang berwarna biru kehijauan. Air tasik yang bersih dan jernih berasal dari salji yang mencair dari pergunungan Karst dan mempunyai suhu 6-7 °C (43–45 °F). Semasa musim sejuk, kedalam tasik hanyalah 1-2 m sahaja dan paras air meningkat ketika musim bunga apabila suhu mula meningkat dan salji mula mencair dan memenuhi kawasan tasik yang bertanah rendah. Tasik ini mencapai kedalaman maksimum 12 m dari pertengahan May hingga Jun dan terhasillah pemandangn yang sangat-sangat cantik ni! Pada Julai, air mula berkurang
Tempat ni memang popular dikalangan diver2 seluruh dunia sebab pemandangan yang cantik dan unik..kita boleh tengok ada bench, laluan pejalan kaki, n pokok-pokok yang tenggelam dan separuh tenggelam kat dalam tasik ni
Pemandangan memang unik dan lain dari yang lain..jadi sesiapa yang nak dive at dalam tasik ni dan nikmati pemandangan uniknya, hanya boleh g masa pertengahan bulan may dan jun sahaja..masa tasik ni tengah dalam, masa tu la terjadinya submerged park ni...kalau datang masa julai, dah xde dh submerged park sebab air dah mula surut dan air tasik hanya mempunyai kedalamn 1-2 m berbading 12 m masa permulaan musim bunga..so sedikit info mengenai Submerged Park Austria ni..memang menarik sgt...hmm kalau la ada peluang g sana msti bestkan..Insyaallah one day...amin...
Till then,
A
No comments:
Post a Comment