Dalam pukul 1 lbih kami bertolak pergi ke rumah kenduri tu, tak jauh pun dalam 15 minit je dah sampai naik kereta.. x sempat nak tangkap gambar, sebab dah tengahari baby pun dah nk menyusu, so kami makan-makan dan melawat baby boy yang sangat kiut tu..anak aku si fitiya ni memang excited la kalau jumpa baby..xhabis habis nak kiss baby tu..hehe
So..pada sesiapa yang still xtau lagi apa itu majlis berendoi, ni aku ada google info sikit;
Berendoi berasal daripada kata “endoi”, iaitu buaian yang lazimnya digunakan untuk menidurkan bayi atau kanak-kanak. Berendoi adalah bentuk persembahan yang berunsur keagamaan. Lagu-lagunya adalah berunsur nasihat kepada anak-anak dan juga ibu bapa.
Berendoi dipercayai berasal dari negeri Perlis bermula sekitar tahun 1930-an, dan kini juga terdapat di Kedah. Peralatan persembahan ialah sebuah “endoi” atau buaian digantung di tengah-tengah rumah, air satu jag dan juga sirih pinang yang diletakkan di dalam tepak sireh. Upacara berendoi ini boleh diadakan pada siang atau malam hari.
Satu kumpulan endoi biasanya berjumlah empat atau lebih. Upacara berendoi akan dimulakan dengan bacaan Maulud dan lagu yang didendangkan ialah Selawat Nabi sebelum diikuti dengan lagu-lagu lain. Isi lagu-lagu berendoi berupa puji-pujian kepada nabi dan juga nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa. Jumlah lagu yang didendangkan pada setiap kali persembahan bergantung pada kehendak tuan rumah.
Untuk pakaian persembahan, selalunya kaum lelaki memakai baju Melayu, bersongkok putih atau berserban dan berkain. Jika kumpulan berendoi itu terdiri daripada kaum wanita sahaja, maka pakaiannya adalah seperti mana yang lazim dipakai oleh wanita hari ini, iaitu berbaju kurung dan bertudung. Berendoi berfungsi alat hiburan dan pengajaran serta nasihat supaya anak mendengar nasihat ibu bapa. Nasihat bercorak agama disampaikan melalui lagu-lagu Nabi Muhammad dan Rukun Islam yang menceritakan sejarah nabi dan kehidupan nabi.
Tapi tadi baby amsyar xdela buat beramai, just dai sorang je..hehe, dan masa kami datang tadi dah habis dah marhaban..jadi dapat tengok baby jela..tak sepat nak snap gambar sebab baby pun dah lapar nak menyusu..jadi, ambik gambar dari uncle google jela..

Contoh buai berendoi macam baby amsyar punya,tema biru
sumber uncle Google
bila tengok majlis berendoi teringat majlis berendoi zaman adik-adik kecik dulu..buat kat kampung, ada gotong -royong memasak ngan orang kampung, n buaian memang lain sangat dari yang sekarang..dulu masa adaik-adik naik buai, arwah opah hias buaian dengan kain batik dan bunga -bunga kertas...sekarang dah xde dah buaian macam tu..

Ni contoh buaian zaman dulu, cantik sangat tau..
hias dengan bunga kertas, semua homemade.
sumber uncle Google
Tahun lepas, tema naik buai Fitiya kaler oren,..Akhamdulillah fitiya x meragam dan lena je tidur dalam buai sambil dengar marhaban..hehe





till then,
A
No comments:
Post a Comment