Hari ni aku dah ada kat rumah aku, Ipoh perak. Sebab, anak aku fitiya x sihat..dah 2 minggu dia demam kebah demam kebah balik. Hai,, risau lak aku dengar..tapi mak aku cakap xpe..nanti2 dia elok balik..tambah-tambah sekarang aku tengah busy dengan presentation, test semua..And memang dah xde cuti dah, melainkan cuti study week 18 December nanti.masa tu aku rasa berat hati gak nak balik sebab nanti aku susah nka study, lagho layan Fitiya..aku cuba sabarkan hati sebab ni dah last semester..dan lepas ni InsyaAllah aku xnak tinggalkan Fitiya dah..sikit je lagi masa.
Tapi, bila dengar Fitiya demam Fitiya yang on off tu, aku rasa susah hati..sebab sebelum aku n hubby balik study/kerja kat terengganu/sarawak, Fitiya ok sangat-sangat..happy je tambah papa dia layan dia sangat-sangat and dia memang manja gila ngan papa dia. lepas mama gtau fitiya x sihat, aku call dan nak cakap ngn dia pun dia diam je..xde langsung respon..lagi la hati aku rasa gundah gulana..
Lastly, lepas subuh hari Jumaat, mak aku call and cakap fitiya demam balik..aduhh...risau gila..mak aku un risau and suruh aku balik, rasanya anak aku rindu mama papa dia..aku x pkir panjang2 dah..memang bulat nekad aku nak balik gak rumah walaupun ahad aku ada kelas full. (mintak maaf lecturer2 tersayang, saya ada anak sorang je,x sihat pulak tu..ini emergency). so aku terus drive balik dari Kuala Terengganu pukul 8.30 am dan aku sampai pukul 2.30 pm..penat nya Allah je yang tau, tapi bila tengok muka fitiya, terus penat aku hilang..aku rasa sedih..tengok muka fitiya memang pucat n dia tak aktif macam selalu..bila aku tegur dia pun xde respon sangat..bila au nak dukung n peluk dia, dia xnak..hailaaaaa...anak aku merajuk ngan akuu...
Aku terus pujuk dia, ajak tengok kucing,tengok ikan dalam akuarium barula dia nak cakap-caap ngn aku..aku sembang2 nagn dia baru ada respon..dah lama-lama baru fitiya duk sendeng-sendeng n peluk aku...aku rasa dia merauk ngan aku sebab aku tiba-tiba tinggalkan dia.. aku lagi sedih tauuu.. T__T
Ya allah, aku tau semua benda ada hikmah dia..aku redha dan sabar..lagipun dah x lama aku nak habiskan sem ni..xpe-xpe..i know i'm strong!
"From the moment they placed you in our arms, you snuggled right into our hearts." - Unknown
till then,
A
No comments:
Post a Comment