Saturday, 11 April 2015

Cara Untuk Report Kehilangan Kad ATM dan Duit Dari Akaun Maybank!

Salam semua...
hmm...semalam memang hari yang penuh dengan ujian.. memang menguji kesabaran dan ketahanan mental sangat...Kad ATM Maybank aku hilang!!!aku g Maybank petang  semalam n masukkan duit dalam akaun, n aku boleh tercicir kad ATM tu..

aku sedar kad aku hilang bila dah pkul 8 lebih malam tu..bapak gabra gila sebab risau sgt duit hilang..so aku login Maybank2u n check balance dalam akaun. memang duit aku dah selamat dicuri rm450! bapak gerammmmmmm sangat rasa..geramm geramm gerammmm...

Aku risau dengan balance yang ada lagi dalam akaun aku...nasib la si pencuri ni tak perabis duit aku..terus aku call service..no customer service ada pada website maybank. korang boleh klik kat customer serive macam dalam gambar bawah ni..customer service diorang operate 24 jam tau...



step 1: website Maybank n klik Customer Service



step 2: Call no hotline customer service.

 Selepas report mengenai kehilangan kad, kita boleh report juga mengenai kehilangan duit dari akaun Maybank. Pegawai khidmat pelanggan akan minta klik  butang "Cards" macam kat bawah ni.



step 3: klik "Cards"


selepas klik "Cards", pegawai akan minta kita klik pada "Credit Cards Safety Tips" yang ada kat bawah column "Show Me..."


Step 4: Klik "Credit Card Safety Tips"


Then,  pergi ke "Do's and Don't" dan kita boleh download "Dispute Form (PDF)"



Step 5: Download "Dispute Form (PDF)"

Dalam masa yang sama, pegawai akan bagi no reference untuk kita refer progress pada masa akan datang. Kes akan ambil masa 45-60 hari untuk diselesaikan..Walau macam manapun, haishhh pegawai tu cakap duit tu xconfirm boleh dapat balik n aku mintak pegawai tu check kat mana si pencuri ni dah guna duit aku?

Anddddd.....Jawapannya ialah ke arah yang harommmm.... kat Happy Fun Pub and Bistro. Padanlah mencuri pun, sebab dia sendiri xtahu halal haram.. well aku terima semua yang jadi ada hikmahnya. Allah nak bagi ujian dan jugak kesedaran n pengajaran pada aku.. Jangan cuai....aku terima dengan redha..cuma still aku akan tetap report kes ni pada Maybank. kat bawah ni ialah "Dispute Form" tu..



Step 6:  Dispute Form

Pegawai tu pesan supaya hantar Dispute Form ni secepat mungkin supaya kes ni x pending. Cara-cara nak hantar ada 3 iaitu;
  1. Email kan kepada disputemgmt@maybank.com.my
  2. Fax ke 03-79538675/ 20269824
  3. Hantarkan kepada cawangan Maybank berdekatan supaya diorang boleh faxkan form ni ke cawangan Maybank KL.
Moral of the story ialah.... jangan cuai n main-main nagn duit..nasib baikla bukan juta-juta ringgit...
pedih jugak telinga ni kena lecture nagn lecturer x bertauliah aka my husband.. T__T


till then,
A


Friday, 10 April 2015

Surah-surah amalan Ketika Mengandung

salam semua...
macam biasa malam ni terjaga n baru lepas siapkan kerja sikit..belum mengantuk lagi so nak share sikit pada semua mummies2 tu surah-surah amalan ketika mengandung.. insyaallah boleh kita sama-sama amalkan semoga anak yang bakal lahir nanti jadi anak-anak yang soleh dan solehah..aminnn

ok,..



tapi sebaik-baiknya elok kita amalkan jugak membaca quran dan berdoa semoga semuanya selamat..
selain tu amalkan jugak berzikir n berselawat...mohon pada allah semuanya selamat..selamat beramal semua...

till then,
A





Thursday, 9 April 2015

Doa Dipermudahkan Urusan

salam semua... kebelakangan ni memang selalu terjaga tengah-tengah malam macam ni..banyak sangat benda yang nak di fikir. hmm.. memang banyak..walaupun ini ialah sem last aku, tapi minggu-minggu terakhir ni memang rasa mencabar sangat.

sebab banyak benda lena fikir. praktikal dan thesis semua..thesis x setel lagi..ya allah...tolonglah habamu ni..amin..

tambah dengan pregnancy yang kedua ni, morning sickness smpai masuk 4 bulan baru nak reda sikit..jadi badan cepat rasa penat. n my baby fitiya sekarang memang tengah lasak dan nak perhatian, jadi bila balik kerja memang tumuan pada dia.. thus, malam-malam masuk je pkul 9 mata mula la nak shut down.

rasa susah jugak sekarang ni. sebab kekangan masa..time menagement memang penting sebab dah rasa macam xde masa je.i need to finish my work without being stress!! sebab kalau stress n blood pressure naik (masa mengandung ni memang senang nak sakit kepala..x boleh tekanan sikit) kerja habis terbengkalai semua..alamatnya terbongkangla atas katill...adoii...

ya allah..permudahkan semua urusanku...amin.....


doa permudahkan urusan..sama-sama kita amalkan..insyaallah mudah semua..

till then,
A








Wednesday, 8 April 2015

Pengalaman Alahan Mengandung Kali ke-2

salam dan hai...
alhamdulillah hari ni makin sihat dan dah masuk second trimester dah pun..huhu. eksheli dah masuk minggu ke 21. hmm pengalaman alahan mengandung kali ke 2 ni lain sikit dari mengandung fitiya dulu..

masa  first time dulu memang xboleh bangkit dari tempat tidur. selalu sakit kepala pening-pening n pusing-pusing rasa kepala. tambah sakit perut yang rasa windy sampai la masuk 4 bulan baru hilang sakit perut tu..ya Allah memang seksa. tapi xde muntah-muntah langsung. memang xde la dapat rasa feeling mabuk-mabuk muntah-muntah dulu.

TAPI...
jeng jeng jeng.........haha
saja bagi saspen.. mengandung yang kali kedua langsung xde sakit perut windy pun! alhamdulillah...sakit kepala memang still ada..tapi xla sesakit masa first pregnancy dulu..dulu rasa macam migrain n ala-ala mabuk laut, sekarang ni sakit kepala ala-ala yang kena hujan tuu... n memang la muntah-muntah..muntah-muntah 3 4 kali sehari. makan je muntah...susu n vitamin memang x boleh telan langsung. masa first pregnancy dulu..susu is my feveret drink..kalau tak dapat minum susu anmum tu rasa nak nangis. sehari mesti minum waktu pagi n malam, sekarang memang x boleh telan langsung rasa...sian anak mama dalam perut ni.. T__T


Alhamdulillah sekarang dah makin bertenaga..ye la kena bertenaga sebab kakak Fitiya sekarang memang aktif, lasak n manja terlebih sangat..hmm macam mana la bila dah ada adik nanti ye..insyaallah fitiya jadi kakak yang baik n penyayang..amin..

till then,
A